jobs from my.neuvoo.com

08 Februari, 2016

Suami Kantoi ‘Simpan' Dua Perempuan

Minggu lalu, Datin X berjalan-jalan cuci mata di Bangsar Shopping Centre. Niat hati mahu mencari sepasang dua kasut tetapi oleh kerana hati tidak berkenan dan kalau ada yang sukapun, saiznya sudah tidak ada, Datin X masuk ke salun kuku untuk membuat rawatan manicure dan pedicure. Kebetulan dah lama tak rawat kuku, sambil itu bolehlah juga Datin X bersantai sambil memanjakan diri.

Nak dijadikan cerita, sedang asyik menikmati urutan kaki, Datin X terdengar perbualan telefon seorang Datin lain yang duduk berselang dua tempat duduk daripada Datin X. Riak wajahnya menzahirkan rasa resah di hati. Mukanya walau bersolek cantik nampak suram. Dia rupa-rupanya sedang mengadu pada teman baiknya mengenai kecurangan suami.
Katanya entah kenapa dia terdetik mahu masuk ke kamar kerja suaminya di rumah memeriksa komputer peribadi suami. Berderau darah dan jantungnya seperti terhenti apabila dia melihat transaksi wang suami ke dalam akaun dua wanita secara konsisten selama beberapa bulan. Bila diperiksa media sosial kedua-dua wanita tersebut, seorang daripada mereka berstatus janda dan seorang lagi masih muda baru habis belajar. Dia bersemuka dengan suaminya tetapi suaminya sekadar memberitahu mereka itu kawan baik dan dia sekadar memberi pertolongan.

Walaupun dia menangis teresak-esak, merayu suami untuk bercakap jujur suaminya tetap menafikannya dan berkata mereka itu teman lamanya. Kata suaminya, kedua teman wanitanya itu sedang berhadapan dengan masalah kewangan jadi sebagai teman tidak salah dia menghulurkan bantuan.

Pelik juga Datin X memikirkannya. Untungnyalah kalau Datin X pun ada kawan sebaik itu. Setiap bulan “kawan” masukkan ke dalam akaun 10 ribu, bayaran ansuran rumah dan kereta. Kereta bukan bukan calang kereta tapi BMW. Tiba-tiba Datin X berasa kasihan pula Datin itu. Kalaulah Datin X berada di tempat dia tentunya hancur luluh hati, remuk redam perasaan dibuatnya.

Bayangkan suami yang kita sayang setiap bulan alahai pemurah sungguh menanggung hidup dua wanita. Datin X tak kisah langsung kalau yang ditolong tu orang susah, janda anak lapan yang tiada tempat bergantung tetapi si janda tu bekerja pangkat besar juga dan kedua-duanya cantik, bergaya dan tersangatlah seksi pakaian mereka!

Apa nak di kata ya, pelik pelik sungguh ragam hidup manusia yang kaya raya.

Datin X


EmoticonEmoticon