jobs from my.neuvoo.com

12 Februari, 2016

Sundal malam hidung mancung

Kuala Lumpur: Seramai 34 wanita warga Uzbekistan ditahan di sebuah kelab malam di Jalan P Ramlee, di sini, awal pagi semalam, selepas dipercayai menjadi pelayan pelanggan (GRO).

Mereka ditahan dalam serbuan pada jam 2.40 pagi oleh Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Serbuan diketuai Asisten Superintendan Nasir Ismail itu turut menahan seorang lelaki berperanan sebagai penjaga premis dan 24 lagi wanita Vietnam, Romania dan Indonesia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainudin Ahmad berkata, semua wanita berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di pusat hiburan terbabit.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, beberapa wanita warga asing itu sedang bergerak dari meja ke meja sambil menegur pengunjung yang sedang berhibur.

“Hasil pemeriksaan ke atas wanita itu mendapati mereka dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

“Wanita terbabit menawarkan khidmat seks antara RM200 hingga RM400 kepada pelanggan,” katanya.

Zainudin berkata, GRO yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
ANTARA GRO yang ditahan di sebuah kelab malam di Jalan P Ramlee, awal pagi semalam.


EmoticonEmoticon