jobs from my.neuvoo.com

09 Februari, 2016

Tok Kadi dicekup nikahkan kanak-kanak 6 tahun

Sekadar hiasan
ISLAMABAD – Polis Pakistan berjaya menangkap enam orang di wilayah Punjab kerana disyaki mengaturkan pernikahan antara seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dengan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Laman berita Emirates 247 melaporkan, polis memberkas kedua-dua bapa kepada budak lelaki dan kanak-kanak perempuan tersebut, kadi yang menikahkan mereka, dan tiga orang saksi dalam kejadian pada 6 Februari lalu.
Mereka didakwa melanggar undang-undang tempatan yang melarang pernikahan bawah umur. Keenam-enam orang yang ditangkap itu menghadapi hukuman penjaran enam bulan dan/atau denda 50,000 rupee (RM2,008).

Kesemua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan tersebut ketika dibicarakan di sebuah mahkamah, tetapi polis menyatakan pihaknya mempunyai bukti rakaman video acara pernikahan berkenaan.

Penggubal undang-undang Pakistan pada bulan lalu terpaksa membatalkan usul di Parlimen untuk mengenakan hukuman lebih berat bagi mereka yang didapati bersalah mengaturkan pernikahan kanak-kanak bawah umur.


EmoticonEmoticon