jobs from my.neuvoo.com

01 Februari, 2016

Uqasha Senrose kini dilabel 'munafiq' oleh peminat

Minggu lepas nama Uqasha Senrose menjadi sebutan netizen, setelah tersebarnya beberapa keping gambar dia dan adik beradiknya sedang bercuti menyambut tahun baru di Koh Lipe, Thailand..

Gambar itu menunjukkan Uqasha tampil tak bertudung dan berpakaian sangat seksi serta berpelukan dengan pelakon Iqram Dinzly.. Disebabkan itu, ramai yang mempersoalkan niat sebenar Uqasha memakai tudung..

Tindakan Uqasha ini juga disifatkan seperti seorang munafik oleh sesetengah pihak.. Betul ke? Beragama Islam, akidah masih mempercayai Allah dan Rasul tetapi perbuatan dan amalan menjurus kepada dosa-dosa besar..

Miss A tak tahu nak komen apa pasal tindakan Uqasha ini seorang munafik atau tidak.. Tapi, ramai netizen mula melabel Uqasha seorang artis yang munafik.. Pakai tudung tak ikhlas dan hanya mahu menjual tudung.. Kan Uqasha dah keluarkan jenama tudung sendiri, sejak dia bertudung..

Menerusi mesej Whatapps kepada sebuah akhbar, Uqasha memaklumkan dirinya sedang sibuk dan tak akan berikan sebarang komen berkenaan gambar seksinya itu..

Makin jadi panjang la kontroversi ini selagi Uqasha tak tampil memberi penjelasan atau memohon maaf.. Dah kantoi macam tu minta maaf saja la, dan berusahalah memperbaiki diri sendiri.. Takut awok dah tak laku dah lepas ni, kena boikot dengan peminat..

Sumber- Miss A/UtaraNews.com


EmoticonEmoticon