jobs from my.neuvoo.com

11 Februari, 2016

Wanita dapat kebenaran suami tawar habuan seks untuk Presiden jika...


DALAM sebuah berita, seorang pengacara televisyen Jerman dan aktivis nuklear, Charlotte Roche telah mendapat kebenaran suaminya untuk menawarkan habuan buat presiden negaranya jika sanggup memansuhkan undang-undang melanjutkan jangka hayat 17 reaktor nuklear.

Hasrat tersebut telah disiarkan dalam majalah Der Spiegel dan kemudiannya dikutip secara meluas oleh pelbagai pengendali laman sosial, telah memberikan populariti berlebihan kerana sanggup menawarkan hadiah melakukan hubungan seks. Pengacara yang berumur 32 tahun itu pernah menerima hadiah kewartawanan tertinggi Jerman.
Charlotte Roche
Charlotte memberitahu, “Saya menawarkan untuk tidur bersamanya jika dia (Christian Wulff) tidak menandatangani undang-undang itu.”

Pada tahun 1988 beliau mula terkenal di Jerman apabila muncul buat pertama kalinya di televisyen. Beberapa minggu lalu, beliau menjadi penganjur tunjuk perasaan bagi menentang pemindahan 123 tan sisa buangan radioaktif dengan menggunakan keretapi di utara Jerman.
Add caption

Sebelum itu, seorang ahli politik wanita Republik Czech, Ivona Fiserova bercadang untuk berbogel bagi mendapatkan sokongan pengundi.

Dia yang berang dengan sikap beberapa ahli politik yang mengkritik pakaiannya (berwarna merah jambu, ketat dan singkat) semasa menghadiri satu majlis memberikan reaksi “Saya juga sanggup untuk melakukan beberapa rakaman gambar bogel untuk majalah Playboy. Kenapa tidak? Wang yang diperoleh itu (daripada berbogel) boleh diderma untuk tujuan kebajikan.”
Tania Derveaux

Tindakan Ivana itu bukanlah kali pertama. Pada tahun 2007, semasa pilihan raya Belgium, Tania Derveaux menggunakan poster dirinya berbogel dengan slogan “40,000 peluang pekerjaan.”

Seks juga telah digunakan sebagai strategi mengintip maklumat. Pengusiran Anna Chapman oleh Amerika Syarikat pada bulan Julai lalu memberikan gambaran bahawa demi mencapai sesuatu tujuan rahsia, gadis cantik berumur 28 tahun itu digunakan.

Bagi tidak menampakkan penglibatan secara langsung, Anna Chapman menggunakan nama itu walhal nama sebenarnya ialah Anna Kushchenko dan berjaya mendapat kerakyatan Britain.
Ivona Fiserova

Anna dikatakan mempunyai “tarikan maut” menetap di London selama empat tahun. Antara tahun 2004 hingga 2005 bekerja di Bank Barclays dan pernah berkahwin dengan Alex Chapman, seorang pakar psikologi. Pada tahun 2006, pindah ke Amerika Syarikat.

Menggunakan kelebihan seks sebagai daya tarikan atau ancaman bukanlah sesuatu yang dilihat pelik pada masa sekarang. Atas nikmat kebebasan dan peluang yang ada, wanita moden tidak lagi menganggap seks itu sebagai sesuatu yang taboo dan rahsia.

Demi kerana wang, manusia sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggadaikan maruah diri. Seharusnya hubungan seks berlaku dalam suasana yang harmoni dan beradat, sudah dijadikan bahan ancaman dengan barang dagangan yang amat menguntungkan di seluruh dunia.


SUMBER


EmoticonEmoticon