jobs from my.neuvoo.com

26 Februari, 2016

Warga Pakistan tak mengaku cabul surirumah

Kuala Lumpur: Seorang lelaki Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini, atas tuduhan mencabul kehormatan seorang suri rumah bulan lalu.

Ghazanfar Abbas, 20, yang baru dua bulan berada di negara ini membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Urdu di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 28 tahun dengan niat hendak mencabul kehormatannya di sebuah rumah di Taman Sri Watan, di sini, 12 tengah hari, 20 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau antara dua seksaan itu jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 4 April depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.


EmoticonEmoticon