jobs from my.neuvoo.com

08 Februari, 2016

Zamihan tak jadi debat, jumpa Shahidan bincang tarikh lain

SHAH ALAM - Sama ada muzakarah antara Muftri Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dengan Presiden Aswaja, Zamihan Mat Zin Rabu ini menjadi realiti masih menjadi tanda tanya.

Ini kerana Zamihan memberitahu pada tarikh itu beliau mempunyai tugasan yang telah ditetapkan lebih awal di Penjara Machang, Kelantan untuk memulihkan penjenayah tegar.

Namun begitu, Zamihan berkata beliau akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasssim bagi menetapkan tarikh sesuai dalam minggu ketiga bulan Februari.

“Saya tidak pernah gentar untuk berdepan dengan sesiapa pun. Saya janji akan mengemukakan bukti-bukti autentik tentang esktremisme fahaman wahabi, Insya-ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain daripada mempunyai tugasan di Penjara Machang, katanya, tarikh debat yang menjadi viral di media sosial itu juga tidak mendapat persetujuan daripada beliau terlebih dahulu.

“Shahidan tetapkan masa dan tarikh tanpa persetujuan saya, sebaliknya mereka terus viralkan di dalam media sosial.

"Sehingga sekarang saya masih belum menerima surat jemputan bagi program itu,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengenai format wacana tersebut yang sehingga kini tidak pernah dibincangkan.

“Bagaimana nak hasilkan resolusi yang boleh dipatuhi bersama dan diterima pakai?” soalnya.

Jelasnya lagi, tiada penglibatan pihak berkuasa keselamatan dan agama juga merupakan antara faktor program tersebut tidak boleh diteruskan.

“Ini membelakangi pihak berkuasa tempatan,” katanya.


EmoticonEmoticon