26 Mac, 2016

Abdullah layak jadi Penasihat kata Dr Mahathir

Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Tun Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi penasihat baik buat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Dr Mahathir, berkata beliau menyambut baik pelantikan Abdullah sebagai Penasihat PETRONAS.

“Sebelum ini, beliau pernah menjadi Perdana Menteri dan beliau layak (sebagai penasihat)," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Semalam, Kabinet bersetuju dengan pelantikan Abdullah sebagai Penasihat PETRONAS yang baru berkuat kuasa 1 April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Abdullah menggantikan Dr Mahathir yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat PETRONAS, 11 Mac lalu.


EmoticonEmoticon