jobs from my.neuvoo.com

08 Mac, 2016

Ada cubaan culik PM, dedah Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan untuk menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan Daesh.

Menurut Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, kumpulan pengganas tersebut turut menjadikan beberapa orang pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran mereka untuk diculik.

"Kumpulan ini (Daesh) turut menjadikan beberapa orang pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran mereka untuk diculik.

"Pada 30 Januari 2015 seramai 13 orang dengan elemen Daesh telah merancang untuk menculik pemimpin termasuk perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN- Paya Besar) mengenai kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menggagalkan plot rancangan serangan pengganas IS di negara ini.


EmoticonEmoticon