jobs from my.neuvoo.com

30 Mac, 2016

Audio kes rogol ibu, anak jadi viral

BAGAN SERAI - Viral rakaman suara mendakwa sebuah keluarga dirompak dan dirogol dua lelaki menyamar kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Bukit Merah, kelmarin disahkan palsu.

Pengesahan itu dibuat Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob setelah pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian itu sehingga kini.

Menurutnya, polis turut menerima viral itu melalui aplikasi WhatsApp dan semakan mengesahkan tiada kes seumpama itu dilaporkan.

“Hasil siasatan sehingga jam 12.30 tengah hari ini (semalam) tiada sebarang laporan diterima pihak polis.

“Bila tiada laporan dibuat, pastinya kes itu tidak berlaku dan saya minta mesej viral tidak disebarkan bagi mengelakkan salah faham orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Noor Hassan turut menafikan viral berkenaan.

Katanya, pihaknya turut menjalankan siasatan dan mendapati tiada penduduk terbabit kes seumpama itu.

“Saya turut merujuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dan jawapan yang diterima sama di mana tiada sebarang seperti itu dilaporkan.

“Penduduk kesal isu terbabit menimbulkan kekecohan bukan sahaja di kawasan Bukit Merah malah perkara ini merebak dengan luasnya di luar Perak," katanya.

Mohamad Noor berkata, perkara sebegini tidak seharusnya dijadikan bahan sendaan dan gurauan pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap polis dapat mengesan individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadapnya,” katanya.

1 comments so far

Keren om blognya, mana artikel tips triknya?, good dah.


EmoticonEmoticon