jobs from my.neuvoo.com

03 Mac, 2016

Belajar agama di media sosial boleh sesat

Alor Setar: Pembelajaran agama daripada sumber tidak sahih melalui media sosial antara punca boleh menyebabkan mudah terjebak dengan ajaran sesat, kata Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad.

Beliau berkata, ada banyak kuliah dan maklumat berkaitan agama dimuat naik ke dalam media sosial yang sumbernya tidak dipastikan.

Katanya, penting merujuk kepada mereka yang arif agama berhubung sebarang maklumat berkaitan agama Islam dalam media sosial.

"Kita sedih anak-anak muda ini kerana mereka tidak ada asas agama yang cukup. Apa saja yang benda baharu yang dibawa mereka fikir itu betul sedangkan apapun kita kena rujuk syariat.

"Anak muda sekarang suka ambil sesuatu ajaran agama dari sumber tidak benar. Dalam Facebook (media sosial) ini siapa pun boleh tulis, jadi kesahihan sumber itu sangat diragui," katanya mengulas laporan media mengenai kumpulan ajaran sesat Millah Abraham yang giat merekrut golongan muda.

Mengambil contoh ajaran sesat Millah Ibrahim, Syeikh Muhamad berkata ajaran itu jelas menyimpang memandangkan antara perkara yang dibawa ialah meninggalkan solat lima waktu.

Perkara lain yang bertentangan dalam ajaran itu ialah mereka mendakwa ada rasul selepas Nabi Muhammad SAW, mensyirikkan golongan yang tidak mengikut ajaran mereka, menggabungkan tiga agama (iaitu Islam; Kristian dan Yahudi), memahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri, mendakwa kejadian hari kiamat adalah palsu dan meninggalkan solat Jumaat serta solat lima waktu.


EmoticonEmoticon