jobs from my.neuvoo.com

25 Mac, 2016

Belasah pengkid, sebar video di FB, Lydiawati tampil beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Pelakon Lydiawati menjelaskan tindakannya memuat naik video dirinya memukul seorang wanita 'pengkid' di Facebook sehingga menjadi viral kerana ingin memberi pengajaran kepada semua yang menontonnya. Enggan menjelaskan punca sebenar dia bertindak sedemikian, Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 50, berkata, hampir dua tahun dia mengalami tekanan perasaan gara-gara wanita terbabit mengganggu hidupnya dan keluarga. "Saya terpaksa bertindak begitu demi keselamatan diri dan anak-anak serta keluarga saya. Kerana wanita itu, saya mengalami tekanan emosi dan trauma. "Lebih teruk lagi, saya berasa tidak selamat di rumah sendiri, lebih-lebih lagi anak-anak ditinggalkan ketika saya ke set penggambaran. Sebab itu saya muat naik video ini untuk memberi pengajaran kepada semua," katanya menerusi status yang dimuat naik ke akaun Facebook miliknya, awal pagi tadi. Pada pagi tadi, pelakon berkenaan memuat naik dua video memaparkan dirinya sedang memukul dan menendang seorang wanita 'pengkid'. Menerusi video itu, Lydiawati dilihat bengang dengan tindakan wanita terbabit yang kononya mengganggu privasi beliau sehingga membuatkannya trauma. Kedengaran juga wanita itu seperti meminta maaf daripadanya. Dalam pada itu, Lydiawati juga menyifatkan wanita itu seperti bertopengkan binatang kerana kerap mengganggunya, malah beberapa artis lain juga pernah menjadi mangsa individu sama. Ekoran kejadian itu, Lydiawati membuat laporan polis supaya dirinya tidak menjadi mangsa dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berulang. Sementara itu, pelakon filem Sumpahan Kum-Kum (2012) itu juga memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya terhadap wanita itu. "Saya memohon maaf dengan apa yang berlaku. Sebenarnya, bukannya saya mahu megah atau bangga dengan kejadian yang berlaku ini. Saya juga bukan mahu minta simpati daripada mana-mana pihak. "Cuma wanita itu sudah mencabar kesabaran saya. Terpulang pada semua jika ada yang mahu mengkritik. Saya menerimanya dengan hati yang terbuka," ujarnya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/137217?m=1


EmoticonEmoticon