jobs from my.neuvoo.com

10 Mac, 2016

‘Deklarasi Rakyat’ Perjanjian Dengan Syaitan?

KUALA LUMPUR – Jangan salahkan pihak yang berpandangan pakatan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang mirip kepada “pakatan tidak suci” atau membuat perjanjian dengan “syaitan”

Ahli Eksekutif Pemuda DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud berkata, beliau memahami pandangan itu adalah tindak balas dan amarah mereka yang tidak bersetuju dengan kerjasama tersebut.

“Mungkin perumpamaan “strange bedfellows” oleh Mahathir adalah gambaran terbaik berkenaan pertemuan tersebut.

“Yang pasti, pertemuan di antara pemain utama politik negara itu merupakan peristiwa bersejarah bagi negara,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ‘deklarasi rakyat’ dikeluarkan secara bersama oleh beberapa kumpulan penentang dalaman UMNO diketuai Mahathir dengan DAP serta pemimpin pembangkang lain pada 4 Mac lalu.

Dyan Sofya malah menyamakan kerjasama Mahathir dan pembangkang itu seperti kerjasama Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Soviet untuk menewaskan Jepun dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Katanya, Presiden AS, Franklin D. Roosevelt daripada AS, Perdana Menteri UK, Winston Churchill dan pemimpin Soviet, Joseph Stalin duduk semeja merancang strategi terakhir menewaskan Jepun dan Jerman.

“Walaupun kepercayaan serta keyakinan mereka berbeza, bagai langit dengan bumi, tetapi matlamat perang yang sama di antara pemimpin kuasa besar tersebut menjadi pemangkin,” dakwanya. – Mynewshub.cc


EmoticonEmoticon