08 Mac, 2016

Ditahan sedang sedap 'diulit'...

Sekadar hiasan
Johor Bahru: Dua belas warga asing berusia 21 hingga 48 tahun termasuk seorang lelaki ditangkap Jabatan Imigresen di sekitar Gelang Patah dan Seri Alam, Masai awal pagi tadi.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, A Arivanathan berkata, suspek perempuan yang ditangkap menjalankan kegiatan urut dan menyalahgunakan pas lawatan.

Katanya, turut ditahan ketika serbuan oleh 15 anggota penguatkuasa imigresen itu, lelaki warga Bangladesh berusia 48 tahun yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan sedang mendapatkan urutan.

"Sebelas wanita yang ditahan terdiri daripada masing-masing tiga orang Vietnam dan Thailand dan lima Indonesia menjalankan aktiviti mengurut pelanggan yang selalunya terdiri daripda lelaki dengan bayaran RM180 seorang untuk pakej badan ke badan.

"Mereka ditahan di bawah Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan dan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
ANTARA wanita warga asing yang ditahan. FOTO ihsan Imigresen





EmoticonEmoticon