jobs from my.neuvoo.com

25 Mac, 2016

DRB-Hicom Rombak Proton Lagi, Mahathir Kekal Jawatan Penasihat

KUALA LUMPUR: Kepimpinan syarikat automotif negara, Proton Holdings Bhd, sekali lagi dirombak sejak syarikat tersebut diambil alih oleh DRB-Hicom pada Januari 2012.

Perubahan jawatan tersebut meliputi rombakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Proton yang kini disandang oleh Datuk Abdul Harith Abdullah, ditukar kepada Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali.

Turut dirombak jawatan Timbalan CEO dengan melantik Datuk Md Radzaif Mohamed yang pada masa sama juga menyandang jawatan Pengarah Eksekutif Proton.

Kedua-dua perubahan jawatan ini akan berkuatkuasa pada 1 April ini, manakala dua lagi yang sudah berkuatkuasa mulai 14 Mac lalu melibatkan lantikan Shamsudin Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Composites Technology Research Malaysia Sd Bhd dan Ismail Pandak sebagai PemangkuKetua Pegawai operasi HICOM Automotive Manufactures (Malaysia) Sdn Bhd (HAMM).

Mengumumkan perubahan jawatan tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Aalbar berkata, perubahan tersebut konsisten dengan dasa kumpulan untuk membina keupayaan bagi membolehkan syarikat DRB-Hicom Group sentiasa mengekalkan perspektif yang baik.

"Langkah ini diharapkan dapat membantu memacu kumpulan melalui persekitaran ekonomi yang mencabar dan kompetitif," katanya.

Beliau walaubagaimanapun tidak mengumumkan sebarang perubahan jawatan Penasihat yang disandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rombakan jawatan kepimpinan Proton adalah yang kali ketiga selepas kali pertama menyaksikan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir melepaskan jawatan yang disandangnya selama 6 tahun.

Sungguhpun menafikan perletakan jawatannya sebagai protes, namun cakap-cakap dalam Proton membayangkan Syed Zainal melepaskan jawatan ekoran keputusan DRB-Hicom mengambil alih pegangan syarikat dari Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) pada 2012.

Jawatan CEO Proton kemudiannya disandang Harith pada 15 April 2014, dan kini diberikan kepada Ahmad Fuaad.

-mD


EmoticonEmoticon