jobs from my.neuvoo.com

02 Mac, 2016

Isteri Lapor Polis, Suami Cabul Wanita Lain

Seorang lelaki yang dirakamkan meraba seorang wanita melalui CCTV, berjaya ditangkap selepas isterinya mengenalpasti bahawa lelaki dalam kamera itu adalah suaminya yang telah dikahwini sejak 16 tahun lalu.

Donald Maclnness, 50, dilaporkan mengekori mangsa selepas turun dari bas dan dia kemudiannya mencabul wanita itu di jalan.

Susulan itu polis telah mengeluarkan CCTV yang merakamkan perbuatan Donald, bertujuan mengesannya.

Isterinya yang terkejut menyaksikan video itu kemudiannya melaporkan kepada polis.

Donald yang berasal dari Sunderland, pada mulanya menafikan tuduhan terbabit tetapi akhirnya mengaku salah pada keesokan harinya.

Hukuman ke atasnya akan ditetapkan kemudian.

Pendakwaraya, Louise Harrison berkata, mangsa adalah orang asing yang tidak mengenali Donald dan tertuduh telah mengekori mangsa sebaik sahaja turun dari bas.


EmoticonEmoticon