jobs from my.neuvoo.com

20 Mac, 2016

'Jamu' nafsu di hotel bajet

Melaka: Tujuh pasang kekasih ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi khas di empat hotel bajet di sekitar Batu Berendam, di sini, awal pagi tadi.

Serbuan kira-kira 4 pagi itu, turut menahan dua wanita masing-masing seorang janda dan isteri orang bersama pasangan mereka di dalam bilik hotel.

Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, hasil pemeriksaan di hotel bajet itu seramai 14 individu berusia antara 19 hingga 36 tahun ditahan termasuk sepasang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

"Hasil pemeriksaan kami mendapati kebanyakkan daripada mereka datang dari luar antaranya Kedah, Kuala Lumpur dan Johor untuk bertemu pasangan sebelum mendaftar masuk ke bilik hotel.

"Penguat kuasa turut menahan seorang perempuan masih berstatus isteri bersama pasangan selain turut menemui kelengkapan mengisap dadah didalam bilik mereka serta mereka turut mengaku ada mengambil barang terlarang itu," katanya.

Menerutnya, kesemua yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Syariah esok untuk jaminan sebelum dibebaskan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.


EmoticonEmoticon