jobs from my.neuvoo.com

11 Mac, 2016

Kakak Penyanyi Shiela Majid Terima Mutaah RM30Juta

SHAHNAZ (kanan) layak menerima bayaran mutaah sebanyak RM30 juta manakala Mahmud Abu Bekir mampu membayarnya. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, memerintahkan anak Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib, membayar RM30 juta sebagai bayaran mutaah terhadap bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid. Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membuat keputusan itu selepas berpuas hati Shahnaz layak menerima bayaran mutaah manakala Mahmud Abu Bekir mampu membayarnya. Pada Februari 2011, Shahnaz yang juga kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid, mengemukakan permohonan tuntutan mutaah berjumlah RM100 juta. Shahnaz dan Mahmud Abu Bekir masing-masing berusia 53 tahun berkahwin pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 23. Pada 11 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengesahkan perceraian talak satu pasangan berkenaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/132536?m=1


EmoticonEmoticon