jobs from my.neuvoo.com

02 Mac, 2016

Lelaki gila seks raba celah peha penuntut universiti

LELAKI yang dipercayai mencabul penuntut universiti. FOTO ihsan pembaca
Kuala Terengganu: Lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul penuntut universiti di Kuala Nerus dalam kejadian berhampiran Bulatan Pak Tuyu, pagi tadi.

Dalam kejadian 9 pagi tadi, suspek yang menunggang motosikal ditahan orang awam sebaik mengetahui tindakan tidak bermoral dilakukannya terhadap mangsa.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 20-an dalam perjalanan ke kelasnya dengan menunggang motosikal sebelum menyedari diekori lelaki yang turut menunggang motosikal.

Katanya, sebaik menghampiri mangsa, suspek memegang celah peha mangsa dengan tangan kirinya dan mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek cuba mengelak menyebabkan motosikalnya terbabas lalu jatuh di tengah jalan.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa calar di tapak tangan, lutut dan buku lali serta sakit pada anggota badan akibat terjatuh," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


EmoticonEmoticon