jobs from my.neuvoo.com

09 Mac, 2016

'Pakatan Harapan umpama Nabi Allah menentang golongan kufur' - Suhaizan

KUALA LUMPUR – PAN muncul membuat dakwaan karut apabila menyamakan Pakatan Harapan yang turut dianggotai parti DAP itu ibarat nabi-nabi Allah S.W.T menentang golongan kufur satu waktu dahulu.

Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kaiat berkata, nabi-nabi menentang Firaun, Namrud dan Abu Jahal, manakala Pakatan Harapan yang didominasi DAP pula menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Nabi Musa lawan Firaun, Nabi Ibrahim lawan Namrud, Nabi Muhamad lawan Abu Jahal dan Abu Lahab dan Pakatan Harapan lawan UMNO-BN.

“Bukan zamannya Pakatan Harapan lawan Firaun atau Namrud atau Abu Jahal atau Abu Lahab,” dakwanya dalam akaun Facebook beliau baru-baru ini.

Suhaizan yang juga bekas Ketua Pemuda PAS dalam pada itu berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang pernah ditahan dibawa Akta ISA.

Dakwa beliau, keluarga mereka pernah terseksa teruk di bawah pemerintahan zalim Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, katanya, hal itu tidak menjadi isu untuk ketiga-tiga mereka kini menjalin kerjasama dengan Mahathir untuk menumbangkan UMNO. – mynewshub.cc


EmoticonEmoticon