jobs from my.neuvoo.com

10 Mac, 2016

Pas tubuh blok politik ketiga

KUALA LUMPUR - Pas memaklumkan pihaknya akan membentuk blok politik ketiga dalam landskap politik negara pada 16 Mac ini.

Mengulas perkara tersebut, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14.

"Pas akan ada blok pembangkang sendiri dan saya akan umumkan pada 16 Mac ini.

"Pastinya ia gabungan pembangkang. Di Malaysia ada lebih 20 parti politik yang berdaftar, jadi ada yang milik satu kelompok dan ada parti milik satu bangsa," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini, hari ini.


EmoticonEmoticon