jobs from my.neuvoo.com

29 Mac, 2016

Separuh bogel: 'Takkan saya nak pakai telekung pulak'

Sekadar foto hiasan
PELAKON Zul Ariffin tampil mempertahankan tindakannya bergambar tanpa baju bagi menghiasi muka hadapan sebuah majalah kesihatan, baru-baru ini.

Menurut pelakon berbadan sasa ini, dia tidak merasakan ianya keterlaluan memandangkan dia hanya mengikut tema majalah tersebut yang berkisarkan kepada gaya hidup sihat.
Memetik kata-katanya dalam laporan sebuah akhbar, Zul menyatakan, “Itu adalah sesi bergambar untuk majalah kesihatan. Jadi apa masalahnya. Itu adalah majalah kesihatan. Takkanlah saya hendak pakai telekung pula”.

Tindakan Zul menayangkan tubuh badannya mendapat kritikan negatif netizen yang menyifatkan perbuatannya itu mendedahkan aurat sebagai seorang lelaki Muslim.
Zul Ariffin ‘Show Off’ Badan Sado Dalam Men’s Health
Malah ada juga yang mengaitkan isu Zul ini dengan kes kontroversi yang pernah menimpa Faizal Tahir yang pernah digam stesen televisyen gara-gara membuka baju ketika sedang melakukan persembahan nyanyian dalam program siaran langsung. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon