24 Mac, 2016

Serpihan di Mozambique hampir pasti milik MH370

SYDNEY 24 Mac - Serpihan pesawat yang dijumpai di Mozambique awal bulan ini hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 2014.

Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester berkata, pasukan penyiasat Malaysia mendapati dua serpihan berkenaan adalah milik pesawat Boeing 777.

“Analisis menyimpulkan serpihan itu hampir pasti milik pesawat MH370,” katanya dalam satu kenyataan.
Satu daripada serpihan itu tertera perkataan ‘No Step’.

Pesawat MH370 hilang bersama 239 penumpang pada Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.- Reuters

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/serpihan-di-mozambique-hampir-pasti-milik-mh370-1.204027#sthash.lFS9Pbgr.dpuf


EmoticonEmoticon