jobs from my.neuvoo.com

24 Mac, 2016

Skandal Rumah Banglo - Guan Eng Jual Nama Allahyarham Nik Aziz.

Hairan dan pelik betul dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ni.... Asal ada masalah je mesti nak petik nama pemimpin-pemimpin Pas... Apa yang benci sangat dengan Pas pun tak tahu laa.

Korang pun tahukan yang Guan Eng kini terlibat dengan skandal pembelian rumah banglo mewah yang di beli jauh dari harga pasaran... Dah terlibat tu apa lagi, orang ramai pun mula mendesak Guan Eng ambil cuti dan berehat bagi memberi laluan kepada pihak SPRM melakukan siasatan terperinci.

Orang desak Guan Eng ambil cuti bukan apa... Masa pemimpin kerajaan terlibat dengan skandal-skandal yang didedahkan, pemimpin pembangkang bukan main lantang lagi mendesak pemimpin kerajaan untuk ambil cuti dan berehat sementara siasatan dilakukan.

Bila kena kat batang hidung sendiri, pandai pula kata suruh ambil cuti tu benda mengarut bagai... Yang tak tahan tu, boleh pula Guan Eng petik nama pemimpin Pas yang dah meninggal dunia sebagai contoh.

Menurut Guan Eng, beliau tak perlu ambil cuti untuk memberi laluan siasatan dilakukan, kerana masa Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat terpalit dengan skandal tajaan haji pada 2009, arwah tidak pula didesak untuk ambil cuti.

"Tiada pula yang paksa Nik Aziz supaya bercuti. Beliau tidak punyai kawalan atau kuasa keatas SPRM dan dakwaan itu tidak berasas," kata Guan Eng.

Dalam banyak-banyak nama, nama Arwah Nik Aziz juga yang Guan Eng nak petik... Dah takda nama orang lain ke Guan Eng nak petik... Nampak sangat kurang ajar disitu.

Banyak lagi kot nama pemimpin yang masih hidup boleh dipetik Guan Eng... Guan Eng sengaja petik nama orang yang dah takda, nak buruk-burukkan nama orang yang dah lama pergi.

Sumber - AndyBolat/Utaranews.com


EmoticonEmoticon