jobs from my.neuvoo.com

04 Mac, 2016

Susulan hadiah kipas pink daripada TMJ, respon Dato Vida memang 'cool'!


Jika diamati dengan teliti, sejak kebelakangan ini ‘atmosfera’ bola sepak tanah air dilihat semakin meriah dan menghiburkan. Paling mencuri tumpuan pasukan dari selatan tanah air iaitu Johor Darul Takzim (JDT).

Terbaru semasa lawatan ke Barcelona, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menerusi videonya membeli cenderamata kepada Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Dato Seri Vida.

Dato Seri Vida tak menunggu lama untuk memberi respon terhadap cenderamata tersebut.


Kipas Pink

Menerusi video tersebut, pemilik kelab JDT itu turut membeli tiga cenderamata yang lain iaitu seekor seladang untuk pasukan Perak, seekor gajah untuk pasukan Pahang dan seekor Kucing untuk pasukan Sarawak.

Namun paling mencuri tumpuan ialah cenderamata kipas berwarna pink yang mahu diberikan TMJ kepada pasukan Kelantan. Faham-faham jela untuk siapa kan?
Terima Kasih TMJ

Menerusi video terbaru Dato Seri Vida di Instagram miliknya, beliau merakamkan ucapan terima kasih di atas cenderamata tersebut.

Pelbagai reaksi dari netizen mengenai post terbaru Dato Seri Vida itu yang rata-rata gembira dengan kemeriahan sukan bola sepak ketika ini.



Nota : Video asal TMJ membelikan cenderamata ini telah dipadam sejurus dimuatnaik di laman Facebook.



EmoticonEmoticon