jobs from my.neuvoo.com

10 Mac, 2016

Tiada Maaf Untuk Tun Mahathir – Dyana Sofya


KUALA LUMPUR – Tindakan tokoh pembangkang menandatangani ‘deklarasi rakyat’ di ibu negara pada 4 Mac lalu tidak bermakna mereka telah memaafkan perbuatan Mahathir Mohamad ke atas pemimpin dan penyokong pembangkang.
Ahli Eksekutif Pemuda DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud sebaliknya menjelaskan, tindakan mereka menandatangani deklarasi itu kerana ia selaras dengan hasrat Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jarang sekali musuh ketat dalam arena politik hadir dan mencapai persetujuan untuk matlamat politik yang sama.

“Tetapi mereka bukan duduk bersama kerana telah melupakan peristiwa lampau yang pahit mahupun memaafkan Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kumpulan penentang dalaman UMMO yang diketuai oleh bekas perdana menteri itu baru-baru ini menjalin kerjasama dengan pemimpin pembangkang termasuk DAP mengeluarkan ‘deklarasi rakyat’

Antara yang menandatangani deklarasi itu bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan aktivis pembangkang, Datuk S.Ambiga.

Kelmarin, Muhyddin menafikan DAP berhasrat untuk menjatuhkan UMNO melalui ‘deklarasi rakyat’ sebaliknya mahu menentang kemungkaran.

Namun, kenyataan Muhyiddin tu bercanggah dengan tindak tanduk pemimpin pembangkang sejurus ‘deklarasi rakyat’ itu ditandatangani.

Penasihat DAP, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dalam satu kenyataan bersama mendakwa `deklarasi rakyat’ yang turut ditandatangani Muhyiddin dan Mahathir itu merupakan pengakuan bekas pemimpin UMNO bahawa institusi kerajaan telah dirosakkan oleh parti Melayu itu.

“`Deklarasi rakyat’ yang ditandatangani Mahathir, Muhyiddin adalah pengakuan tokoh-tokoh pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) sendiri bahawa institusi-institusi kerajaan telah dirosakkan oleh pentadbiran UMNO/BN,” dakwa mereka. – Mynewshub.cc


EmoticonEmoticon