jobs from my.neuvoo.com

01 Mac, 2016

(Video) Gila, 'melepas hajat' dalam peti ais di pasaraya!

SATU rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pasaraya merakam aksi seorang warga emas berak merata di pasaraya tersebut, viral di laman Facebook.

Menerusi klip video berdurasi 30 saat itu, wanita warga emas terbabit pada mulanya dilihat berlegar-legar di bahagian sejuk beku bersama sebuah troli dipercayai sedang mencari barang keperluan.

Bagaimanapun, sejurus kemudian wanita terbabit kelihatan mengangkat kainnya, sebelum duduk di bahagian sejuk beku itu untuk ‘membuang hajat’.

Dalam kejadian yang didakwa berlaku di Rusia itu, seorang wanita turut kelihatan berada di bahagian sejuk beku itu, sebelum bertindak meninggalkan kawasan tersebut selepas melihat aksi menjijikkan wanita terbabit.

Berdasarkan tinjauan, video tersebut dimuat naik pada Jun tahun lalu, bagaimanapun ia disebarkan semula dilaman Facebook.

Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 181, 000 pengguna YouTube.


EmoticonEmoticon