jobs from my.neuvoo.com

10 Mac, 2016

(Video) Lukis wajah Donald Trump guna buah dada


SEMAKIN ramai penduduk Amerika Syarikat (AS) menzahirkan perasaan tidak suka mereka secara terbuka sekiranya negara mereka kelak akan dipimpin oleh bilionaire hartanah ternama, Donald Trump. 
Salah seorang daripadanya ialah pelukis yang terkenal dengan video perkongsiannya di Youtube, Aimee Davison memaparkan karya terbaharunya dengan menggunakan payudaranya demi menghasilkan potret Trump.
trump1
Menurutnya, Trump yang merupakan calon parti Republikan untuk sesi pemilihan presiden AS yang ke-45, dipilih sebagai subjek seninya itu.
Ini kerana figura penuh kontroversi tersebut mempunyai reputasi yang buruk dan selayaknya wajah Trump hanya layak dilakar dengan menggunakan buah dada.
Aimee akan melelong lukisannya itu dan 50 peratus daripada hasil itu akan disumbangkan kepada persatuan kebajikan kanser payudara yang dipilih sendiri oleh Trump.
Sekiranya hartawan itu tidak memberikan respons terhadap bidaannya itu, Aimee akan mendermakan keuntungannya itu kepada Yayasan Kanser Payudara Amerika. – MYNEWSHUB.CC

1 comments so far

Calon ganas yang ditolak rakyat sendiri..


EmoticonEmoticon