jobs from my.neuvoo.com

22 Mac, 2016

Video Raja Bomoh & Tembikai : Ini Pesanan Dr. Maza Kepada Bukan Islam


Baru-baru ini, satu video terbaharu dari Raja Bomoh menjadi viral di media sosial.

Video yang memaparkan Raja Bomoh dan buah tembikai itu mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah Dr. Maza atau Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengkritik video terbabit.

Menerusi Facebooknya Dr. Maza memberi nasihat kepada mereka yang bukan Islam supaya tidak mengaitkan perbuatan Raja Bomoh ini dengan agama Islam.
"Kepada non-muslim yang melihat video ini, harap anda tidak mengaitkan perbuatan mereka ini dengan Islam.

"Di samping ayat-ayat al-Quran yang dibaca secara tidak betul sebutannya, tahayul (superstition) yang seperti ini tidak pernah diiktiraf oleh Islam.

"Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia. Apatahlagi disertakan dengan pembaziran seperti ini.

Selain itu, Dr. Maza juga turut menegaskan bahawa buah bukannya untuk dibazirkan.

"Buah untuk dimakan bukan untuk di bazirkan secara sia-sia.", kata beliau.

Kepada non-muslim yang melihat video ini, harap anda tidak mengaitkan perbuatan mereka ini dengan Islam. Di samping ayat-ayat al-Quran yang dibaca secara tidak betul sebutannya, tahayul (superstition) yang seperti ini tidak pernah diiktiraf oleh Islam. Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia. Apatahlagi disertakan dengan pembaziran seperti ini. Buah untuk dimakan bukan untuk di bazirkan secara sia-sia.
Posted by DrMAZA.com on Monday, March 21, 2016


EmoticonEmoticon