jobs from my.neuvoo.com

07 April, 2016

Apabila si isteri kecoh saiz 'anu' suaminya di media sosial...

Ish! Ish! Dasyat orang sekarang ni, saiz suami punya ‘tut’ pun nak dikecohkan di laman sosial.. Apa jenis isteri lah membuka aib suami macam tu?? Si isteri ni tidur ke masa pergi kursus kahwin?? Pasangan yang dah kahwin mana boleh buka rahsia atau mengaibkan pasangan masing-masing, tak baik tau tak??

Kalau si suami punya ‘tut’ kecik macam mana sekali pun, tak perlu lah nak dihebohkan satu dunia.. Malu lah sikit aii! Si isteri perlu lah jaga maruah si suami! Kalau lah si suami baca status yang dimuat naik si isteri tu, kecik hati dia.. Mesti si suami fikir kenapa lah si isteri tergamak menghebohkan benda yang memalukan macam tu secara terbuka, tak tahu nak jaga maruah suami ke?

Kalau si suami berfikir sampai macam tu, teruk lah si isteri tu.. Jadi isteri derhaka lah jawabnya! Miss pun kadang-kadang tu tak faham dengan pemikiran perempuan sekarang ni, bercerita mengenai benda yang sulit tu terlampau terbuka sangat.. Dah tak ada perasaan malu lagi dah, lepas tu suka pulak kalau ada yang melayan dorang..

Kalau tak, tak jadi lah macam sebelum ni.. Tersebar perbualan WhatsApp antara suami orang dan isteri orang bersembang pasal hubungan seks dorang bersama pasangan masing-masing.. Rancak dorang bersembang, yang lebih berceritanya si perempuan lah.. Si lelaki cuma tanya macam mana hubungan seks yang dia lakukan bersama si suami, si perempuan pun sakan lah bercerita..

Nampak tak perempuan sekarang ni tak tahu malu dan suka membuka aib diri sendiri.. Sebagai seorang perempuan tu jaga lah maruah, jangan jadi bodoh sangat dok membuka aib kepada umum.. Lagi satu, tak perlu lah nak muat naik pertanyaan karut macam tu.. Malu la orang lain yang tak ada mengena dengan korang baca, dan sekali gus membuat tanggapan negatif terhadap korang!

Sumber - MissHana/Utaranews.com


EmoticonEmoticon