jobs from my.neuvoo.com

22 April, 2016

Bapa potong tangan perogol anaknya

SEORANG bapa mengambil keputusan nekad membalas dendam terhadap seorang remaja yang didakwa merogol anak perempuannya yang berusia tujuh bulan dengan bertindak memotong kedua-dua tangan tertuduh dalam kejadian di wilayah Bathinda di India, pada Selasa.

Insiden mengerikan itu berlaku selepas tertuduh yang berusia 17 tahun hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes tersebut selepas ibu kepada bayi perempuan itu mendakwa dia terserempak dengan tertuduh ketika sedang mencabul anaknya pada April 2014, lapor Indianexpress.

Bagaimanapun, pada hari kejadian mahkamah Ramah Mandi menangguhkan perbicaraan terhadap tertuduh.

Selepas perbicaraan, lelaki tersebut kemudiannya mengambil keputusan berjumpa dengan tertuduh dan ‘menawarkan’ penyelesaian di luar mahkamah, selain dia sanggup memaafkan remaja itu.

Lelaki tersebut kemudiannya mempelawa untuk menghantar tertuduh pualng ke rumah dengan menaiki motosikal, yang mana kedua -dua mereka tinggal di kampung yang sama.

Namun, kesempatan itu sebaliknya digunakan oleh lelaki tersebut bagi melunaskan dendamnya ekoran perbuatan terkutuk tertuduh terhadap bayi perempuannya.

Menurut pihak berkuasa, semasa dalam perjalanan pulang ke kampung mereka, lelaki tersebut dipercayai berhenti di sebuah terusan, sebelum bertindak mengikat tertuduh di sebatang pokok dan membelasah serta memotong kedua-dua belah tangan remaja itu.

“Beberapa orang penduduk kampung terdengar jeritan remaja itu dan berlari ke arah terusan. Mereka mendapati mangsa mengalami pendarahan teruk, sementara bapa bayi perempuan itu telah melarikan diri,” kata SSP Bathinda, Swapan Sharma dipetik sebagai berkata.

Tertuduh dikejarkan ke sebuah hospital kerajaan yang terletak di Bathinda, sebelum penduduk kampung memaklumkan insiden tersebut kepada pihak polis,

Tertuduh dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, pihak polis kini sedang memburu suspek dengan dakwaan cubaan membunuh.



- mD


EmoticonEmoticon