jobs from my.neuvoo.com

29 April, 2016

Bintang bola sepak diganggu model seksi

BINTANG bola sepak popular, Lionel Messi menyekat laman foto model seksi, Suzy Cortez selepas namanya diletakkan pada siap foto yang dimuatnaik.

Menurut laporan The Sun, Suzy menuduh teman wanita Messi, Antonella Rocuzzo sebagai dalang disebalik tindakan ahli sukan tersebut.

"Saya rasa ia disebabkan Antonella cemburu. Agak mengarut kerana saya cuma peminat Messi dan pasukan Barcelona," jelas Suzy yang sering memuatnaik foto seksi.

Kata Suzy, beliau terkejut dengan tindakan Messi dan berhasrat untuk menjelasan perkara tersebut kepada Messi dan Antonella.

Messi dan Antonella merupakan sahabat baik sejak kecil dan membesar di bandar Argentine sebelum Messi berpindah untuk bersama Barcelona.

Pasangan tersebut yang belum berkahwin kini mempunyai dua orang anak lelaki yang berusia tiga tahun dan lapan bulan.


EmoticonEmoticon