jobs from my.neuvoo.com

09 April, 2016

Dr Maza undang HINDRAF untuk bantah kehadiran Dr. Zakir

SHAH ALAM – Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan mana-mana pihak yang membantah ceramah pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik agar hadir ke ceramah umum itu minggu depan bagi membantahnya secara intelek ketika sesi soal jawab.

Menurut Mohd Asri, Dr Zakir Naik yang terkenal sebagai tokoh perbandingan agama di peringkat antarabangsa itu tidak pernah mengajak ke arah permusuhan agama.

“Saya belum pernah dengar ucapan beliau mengajak kepada permusuhan antara agama. Beliau hanya bercakap tajuk perbandingan antara agama. Bicara beliau bersifat ‘intelectual discourse’.

“Jika Hindraf (Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu) ataupun kumpulan yang menamakan diri mereka Aswaja (Ahli Sunnah Wal Jamaah) tidak setuju, mereka mungkin boleh hadir dan bantah secara intelek semasa sesi soal-jawab,” katanya melalui kemas kini status di Facebook.

Sebelum ini, Hindraf mendesak kerajaan segera membatalkan program yang melibatkan Dr Zakir Naik termasuk melarangnya memasuki negara ini.

Dr Zakir Naik dijadualkan tiba di Malaysia bulan ini bagi beberapa siri program di Terengganu dan Kuala Lumpur.


EmoticonEmoticon