jobs from my.neuvoo.com

06 April, 2016

Dua pemain MU disambar petir ketika latihan

PENGURUS Pasukan Piala Presiden 2016, Khairi Anuar Ahmad- Foto Zuhairi Zuber
MELAKA: Seorang penjaga gol simpanan Melaka United (MU), Marco Stefan Petrovski, 18, tidak sedarkan diri selepas disambar petir ketika menjalani latihan skuad Piala Presiden 2016 di Padang Sepuluh di Krubong, di sini, kira-kira jam 5 petang tadi. Difahamkan, pemain naturalisasi itu sedang menjalani latihan bersama 27 pemain lain, ahli fisioterapi dan jurulatih di padang berkenaan bermula jam 4 petang sebelum hujan lebat. Pengurus Pasukan Piala Presiden 2016, Khairi Anuar Ahmad, berkata Marco Stefan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka. Bagaimanapun, katanya, seorang lagi pemain MU di posisi pertahanan, Muhammad Afiq Azuan, 21, turut terkena tempias petir dan ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, hospital sama. "Saya dimaklumkan, Muhammad Afiq dalam keadaan sedar, namun tidak stabil. Dia kini dipantau di Jabatan Kecemasan dan Trauma," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi. Beliau berkata, jurulatih G Torairaju dan ahli fisioterapi, Ahmad Faisal Miswan, 24, turut merasai renjatan petir, namun tidak mengalami kecederaan.


EmoticonEmoticon