jobs from my.neuvoo.com

20 April, 2016

'Dulu sekotak sehari, sekarang dah 5 minggu saya tak merokok' - Raja Azmi

Merasakan perkahwinan buat kali kedua lebih membawa hikmah, penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman berazam untuk menyerikan rumahtangga dengan ‘perjanjian jiwa’ bersama suami.

Enggan memandang remeh perhubungan mereka kali ini, isteri kepada Mohd Eddie Ghazali itu menyatakan ikrar untuk berhenti merokok.

Menurut Raja Azmi, 57, niatnya itu mendapat sambutan positif daripada pemain bass kumpulan CRK itu, malah dia turut mahu lebih komited dalam bab menjaga kesihatan diri.

“Memandangkan usia kami sudah semakin meningkat ada baiknya saya dan suami mengubah tabiat merokok.

“Merujuk kembali perkahwinan dengan Eddie membuatkan saya menyedari betapa indahnya dunia rumahtangga yang sebelum ini pernah kami abaikan.

“Justeru, kerana mahu mengecapi kebahagiaan yang berkekalan dan sihat, saya mengambil keputusan berkenaan," katanya selepas pelancaran produk kecantikan dan kesihatan Opiel Secrets bersama artis naungan Pencil Pictures & Record di Kuala Lumpur semalam.

Dulu sekotak sehari

Menurut Raja Azmi, dia tidak mengalami sebarang kesulitan untuk menghentikan tabiat merokok biarpun keputusan itu diambil secara mengejut - iaitu kira-kira dua minggu selepas disatukan kembali dengan Eddie.

"Mengikut perkiraan, hingga kini sudah lima minggu saya berhenti merokok.

"Dulu, sekotak rokok mampu boleh habis dalam tempoh sehari, terutama jika saya sedang sibuk bekerja," katanya.

Raja Azmi dinikahkan dengan Eddie pada 13 Oktober 2013 namun akibat masalah mereka bercerai talak satu pada 11 November 2014.

Bagaimanapun Raja Azmi dan Eddie, 47, rujuk kembali pada 26 Februari lalu selepas pintu hatinya terbuka semula untuk meneruskan hubungan mereka.

Sebelum itu Raja Azmi berkahwin dengan jaguh beregu badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.

Kata Raja Azmi tidak sukar untuk menghentikan tabiat merokok jika mempunyai tekad yang kuat dan ia bergantung pada diri sendiri.

Bagi Eddie pula, kata Raja Azmi, suaminya itu belum berhenti sepenuhnya namun sedang cuba mengurangkan tabiat berkenaan.

Tak mahu bermusuh

Dan ada kalanya kesungguhan Raja Azmi untuk berhenti merokok itu 'diuji' suami - apabila Eddie menyuruh dia menyalakan rokok untuknya.

"Ketika kami bersama dia sengaja menguji saya untuk melihat sama ada akan terpengaruh atau tidak.

"Tetap kali ini tidak semudah itu untuk saya terjebak semula kerana saya orang yang berpegang pada janji sejak kecil.

"Tiap kali mengingatkan janji yang dibuat, ia sekaligus membatalkan niat untuk merokok semula," katanya.

Dalam pada itu, Raja Azmi sempat menyatakan perkahwinan kali kedua menunjukkan perkembangan yang lebih baik apabila masing-masing terbuka untuk membuang ego yang ada.

Dulu, katanya, Eddie seorang yang kuat cemburu dan hal itu akhirnya menjejaskan hubungan mereka.

"Sebelum berkahwin saya tidak mengetahui sifat cemburunya itu akan jadi begitu teruk hinggakan untuk keluar rumah bersama rakan perempuan pun susah.

"Keputusan untuk bercerai juga saya yang desak kerana tidak mahu kami terus bermusuhan sebagai pasangan suami isteri.

"Ketika itu saya hanya nampak kesalahan dan keburukan dia sebagai suami, tetapi sifatnya kini lebih terbuka dan lebih mempercayai saya," katanya.

Dan bagi Raja Azmi, perkahwinan ini juga dianggap lebih mematangkan usia dan segala yang berlaku wajar dijadikan iktibar.


"Saya akui mulai terpikat semula dengannya selepas melihat kesungguhannya memujuk saya selama setahun.

"Dari situ juga, saya dapati dia seorang yang setia.

"Perkara itu tidak mungkin saya sedari kiranya tidak bergaduh dan bercerai.

"Dalam hal begini, saya selalu nampak diri saja betul, biarpun dia ada menunjukkan kebaikan tetapi apabila tersedar perkara itu membuatkan saya mahu berubah," katanya.

1 comments so far

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH JAFFAR,,di no 0853---> 7778 ---> 3331
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 3750 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..





KLIK DISINI 4d 5d 6d





Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI SOLEH JAFFAR akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH JAFFAR DI NO: 0853---> 7778 ---> 3331


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/


















EmoticonEmoticon