jobs from my.neuvoo.com

22 April, 2016

Histeria berkait rapat dengan kebersihan diri

KOTA BHARU: Histeria adalah berkait rapat dengan penjagaan kebersihan diri, dan jika ia diabaikan, mahkluk halus akan mudah mendekati mangsa, kata seorang pengamal perubatan Islam, Datuk Seri Baharudin Abu.

Ujar Baharudin, selain kebersihan diri, individu yang kurang mendekatkan diri dengan Allah juga mudah terkena gangguan makhlus halus dan histeria.

Baharudin merupakan antara pengamal perubatan Islam yang membantu mangsa histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 (SMKPC 2).

Beliau memilih pendekatan berbeza dengan memilih untuk merawat di rumah mangsa yang didakwa terkena gangguan bukan di kawasan sekolah.

"Saya hadir ke rumah mangsa histeria sekolah Pengkalan Chepa, dan pendekatan saya lebih kepada individu, bukan kawasan sekolah.

"Masalah histeria adalah masalah diri sendiri, bukan dari persekitaran kawasan, punca dia, kurang menjaga kebersihan diri, dan kurang mendekatkan diri dengan Allah.
"Bila jiwa itu kosong, mudah makhluk halus menembusi jasad tersebut, itu kaedah pendekatan dan rawatan Pusat Perubatan Al-Qalam," katanya kepada Astro AWANI.

Pengasas Pusat Perubatan Islam Al-Qalam ini turut menasihatkan pelajar-pelajar di sekolah supaya menjauhi perkara yang mungkar.

Bagi pelajar tingkatan dua sekolah itu, Asma Raihan Rahimi, dia mengakui lebih lega selepas menerima rawatan dari Baharudin.

Asma Raihan merupakan antara pelajar terawal terkena gangguan di sekolah tersebut.

"Selepas kena histeria itu, badan saya rasa berat, badan jadi sakit-sakit tetapi selepas berubat dengan Datuk Seri Baharudin, saya rasa lebih tenang dan badan rasa ringan," ujarnya.

Pelajar berkenaan merupakan antara lebih 50 pelajar SMKPC 2 yang diganggu dan mengalami histeria pada 12 April lepas.
Gangguan yang dikatakan berpunca dari lembaga hitam menyebabkan sekolah berkenaan menangguhkan sesi persekolahan selama sehari pada 14 April lepas.

Pada masa ini masih terdapat gangguan dan pelajar dikatakan masih lagi mengalami serangan histeria, namun jumlahnya tidak ramai.


EmoticonEmoticon