jobs from my.neuvoo.com

22 April, 2016

Janda dalam bilik air

Sekadar hiasan
KUALA TERENGGANU - Seorang janda diarahkan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor oleh mahkamah rendah syariah, di sini, selepas ditahan berkhalwat bersama rakan wanita dan dua lelaki dalam sebuah rumah.

Keputusan dibuat selepas tertuduh berusia 28 tahun mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa bersama seorang rakan wanitanya berusia 25 tahun dan dua rakan lelakinya masing-masing berusia 24 tahun dan 36 tahun berada di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, Kuala Ibai, di sini, jam 4.45 pagi, pada 6 Ogos tahun lalu.

Mengikut fakta kes, sepasukan pegawai penguat kuasa syariah daerah membuat serbuan berwaran ke rumah berkenaan selepas mendapat maklumat.

Pemeriksaan penguat kuasa kemudian mendapati terdapat dua lelaki berada di hadapan bilik air dalam rumah berkenaan sebelum pemeriksaan lanjut menemui tertuduh wanita di dalam bilik air.

Soal siasat kemudian mendapati semua mereka tiada hubungan suami isteri atau mahram.


EmoticonEmoticon