jobs from my.neuvoo.com

24 April, 2016

Jurujual dicabul pengawal keselamatan ditempat parking

SEREMBAN - Seorang jurujual lelaki menghadapi detik trauma dalam hidupnya apabila dicabul oleh seorang pengawal keselamatan lelaki di tempat parkir sebuah stesen bas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian jam lebih kurang 2.30 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia 20 tahun sedang menunggu bas untuk pulang ke Melaka.

"Mangsa dikatakan telah bertemu dengan suspek berusia 31 tahun yang merupakan pengawal keselamatan di situ untuk bertanyakan suis bagi mengecas telefon bimbitnya.

"Berdasarkan laporan mangsa, mereka pada awalnya hanya berbual dan suspek telah memberitahu yang dia mempunyai kepakaran mengurut badan," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian telah menawarkan diri untuk mengurut mangsa yang memberitahu mengalami masalah sakit belakang.

Muhamad Zaki berkata, suspek telah meminta mangsa membuka pakaian namun mangsa mula berasa tidak selesa lalu menolak untuk terus diurut.

"Suspek bagaimanapun menyuruh mangsa baring dan terus melakukan urutan sehingga ke bahagian kemaluan mangsa.

"Namun mangsa terus melarikan diri apabila suspek meminta untuk melakukan seks luar tabii dan mangsa membuat laporan polis," katanya.

Kata Muhamad Zaki, suspek telah ditahan polis jam 10.30 pagi semalam dan siasatan mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan itu.

"Siasatan akan dij


EmoticonEmoticon