jobs from my.neuvoo.com

21 April, 2016

Lagenda ahli gusti jelita ditemui mati

Los Angeles: Penggusti wanita legenda WWE Joanie 'Chyna' Laurer meninggal dunia, hari ini pada usia 45.

“Dengan rasa sedih untuk memberitahu, kami kehilangan ikon sebenar, adiwira kehidupan sebenar hari ini,” menurut kenyataan ditulis dalam akaun media sosialnya.

“Joanie Laurer atau lebih dikenali Chyna - dianggap keajaiban ke-9 dunia kini sudah tiada.

Dia akan kekal dalam memori serta ingatan jutaan peminat dan semua yang sayangkannya."

Pengurusnya, Anthony Anzaldo, berkata, penggusti terbabit ditemui di sebelah petang tetapi punca kematian belum ditentukan biarpun TMZ melaporkan kematiannya mungkin berpunca dos berlebihan.

Polis masih melakukan penyiasatan.

"Balai Polis Pantai Redondo menerima panggilan 911 daripada seorang rakan di apartmen kediamannya memberitahu seorang wanita di dalamnya tidak bernafas," menurut kenyataan polis Pantai Redondo.

"Rakannya memberitahu polis, wanita itu tidak menjawab panggilan telefonnya sejak beberapa hari lalu dan dia datang ke lokasi untuk mengunjunginya.

Pegawai polis tiba di tempat kejadian menemui mayat seorang wanita di tempat terbabit."

Chyna mencipta kemasyhuran dalam WWF pada 1997 dan mendapat gelaran keajaiban ke-9 dunia.

Dia penggusti wanita pertama bertarung dalam Royal Rumble serta King of Ring Events dan muncul pencabar nombor satu Kejuaraan WWF. Chyna turut ke Jepun pada 2010 mengajar bahasa Inggeris.

Bercakap kepada sebuah portal media digital Amerika Syarikat sebelum ini, Chyna berkata: “Terdapat salah tanggapan media menggambarkan saya berubah menjadi seperti raksasa. Saya hanya mahu mendapatkan pekerjaan dan meneruskan kehidupan.” Mirror

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/132360?m=1#sthash.vCTh0CEo.dpuf


EmoticonEmoticon