jobs from my.neuvoo.com

21 April, 2016

Lelaki Lakukan Seks Oral Di Tempat Terbuka Ditangkap Polis

Tidak senonoh. Tindakan tidak bermoral seorang lelaki warga Amerika Syarikat, Ben Bartanyi, 49, yang melakukan oral seks ke atas seorang pekerja bar berusia 20 tahun di khalayak ramai di Thailand, akhirnya membawa dia ke lokap polis.

Ben, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kelab malam di Pattaya dan perbuatannya itu dirakamkan oleh orang ramai dan telah tersebar di media sosial.

Video itu telah ditonton oleh lebih 100,000 orang selepas dimuatnaik dalam Youtube, namun kini klip video berkenaan telah dipadamkan.

Dia ditangkap selepas video itu tersebar dan Ben turut mengaku bahawa dia melakukannya serta memohon maaf atas perbuatannya itu.

Sementara wanita yang terlibat dalam kejadian itu memberitahu polis dia tidak dapat mengingati apa yang berlaku pada malam berkenaan dan telah membuat laporan polis sebaik menonton video terbabit.

Aksi tidak bermoral yang berlaku pada malam pesta Songkran itu telah dikecam banyak pihak.


EmoticonEmoticon