jobs from my.neuvoo.com

21 April, 2016

Pengacara lucah buat Janna Nick tak selesa

Janna Nick dikatakan bersikap acuh tak acuh dalam satu program terbitan sebuah stesen televisyen tempatan mendedahkan bahawa, sikap pengacara yang banyak bertanyakan soalan berbaur lucah menjadi punca mengapa dia bersikap begitu.

Pelakon yang sedang melonjak naik itu berkata dia berasa seperti dipermainkan dengan soalan-soalan yang turut menjatuhkan meruahnya sebagai seorang wanita.

“Mereka menyuruh saya terlibat dalam satu ‘game’ yang agak pelik untuk program itu dan secara tidak langsung ia berunsur lucah dan boleh menjatuhkan martabat seorang perempuan.

“Soalan-soalan yang ditanya oleh pengacara pula bukannya berlandaskan kerjaya saya sebaliknya terdapat soalan yang bertujuan merendahkan kedudukan saya selain berbentuk provokasi untuk menjadikan ia kontroversi.

“Saya pelik kenapa soalan itu yang ditanyakan dan pengacara pula tidak profesional,” ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.

Pemilik nama Nurul Jannah Muner, 21, menambah, bahawa penampilan dia dalam program itu hanyalah sebagai pengganti kepada tetamu lain yang sepatutnya hadir bagi sesi rakaman program berkenaan.

Katanya, dia kesal apabila perkara itu memberi kesan negetif kepada dirinya apabila dia dikatakan bersikapa diva.

Dalam perkembangan lain, Janna Nick adalah calon finalis untuk Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) dalam kategori Aktres Terbaik Pilihan Online dan Wanita Anggun Pilihan Dnars.

Peminatnya boleh membuat undian menerusi http://apo.mstar.com.my/undi.aspx sehingga 27 April ini.

Sumber: mstar Online

- See more at: http://www.suriafm.com.my/soalan-berbaur-lucah-pengacara-tv-punca-janna-nick-berang/#sthash.8pGFLuzp.dpuf


EmoticonEmoticon