jobs from my.neuvoo.com

09 April, 2016

Rakam aksi terlampau dalam bilik bedah

Mexico City: Tiga doktor yang gambar mereka dirakam dengan seorang menjulang bayi yang baru lahir kini diburu pihak berkuasa selepas gambar itu dimuat naik ke Facebook.

Kakitangan itu yang dipercayai pakar sakit puan, pakar bius dan pakar kanak-kanak terbabit membantu seorang wanita melahirkan anak di sebuah hospital di Mexico.

Mereka kemudian bergambar dengan seorang daripada mereka meletakkan bayi baru lahir itu pada bahu rakannya sambil semuanya tersenyum.

Kementerian Kesihatan Mexico mengesahkan, ia sudah melancarkan siasatan dan mungkin mengambil tindakan disiplin ke atas mereka.

Gambar itu dimuat naik oleh pengguna Facebook, Ramon Villegas dengan kapsyen: “Doktor tidak profesional. Ketika ada suami bimbang mengenai isteri dan bayinya, petugas hospital bertindak tidak profesional dan tidak beretika.”

Villegas turut menggesa pengguna lain berkongsi gambar berkenaan dalam usaha untuk mengenal pasti mereka yang terbabit.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/129081?m=1#sthash.B0LBS3Uu.dpuf


EmoticonEmoticon