jobs from my.neuvoo.com

15 April, 2016

Remaja peluk Islam di syarahan Dr.Zakir di Kemaman

KEMAMAN 15 April - Kunjungan pendakwah antarabangsa, Dr.Zakir Naik dalam siri jelajah terakhirnya ke negeri ini melakar sejarah manis apabila berjaya mengislamkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun.

Woo Nina Grace yang berasal dari Filipina dan menetap di Johor itu melafazkan kalimah syahadah kira-kira pukul 12.05 tengah malam ini di hadapan lebih 40,000 hadirin dalam syarahan umum di Padang Astaka di sini.

Sepanjang proses itu, Nina yang memakai baju t berwarna hitam dan berseluar denim kelihatan tenang dan mampu membaca kalimah dengan lancar selepas dibimbing Zakir.

Terdahulu pelajar kejuruteraan persisiran pantai di salah sebuah kolej di Kemaman itu tampil ketika sesi soal jawab untuk menceritakan pengalamannua kepada intelektual Islam tersebut.

Menurut Nina, dia mula membaca surah dalam Al-quran iaitu Al-fatihah dan tiga Kul sejak di tingkatan satu lagi.

Ketika ditanya Zakir adakah dia percaya kepada Jesus, dengan penuh yakin remaja itu mengatakan tidak sambil menyatakan kepercayaannya kepada Nabi Muhammad.

Kesediaan Nina untuk bergelar saudara baru bermula sebaik sahaja dia menjawab InsyaAllah kepada persoalan Zakir untuk melafazkan kalimah itu.

Bagaimanapun, usaha pihak media untuk menemubual gadis itu terganggu seketika apabila dihalang urusetia.


- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/remaja-peluk-islam-di-syarahan-dr-zakir-di-kemaman-1.260767#sthash.bPHEiV9j.dpuf


EmoticonEmoticon