jobs from my.neuvoo.com

12 April, 2016

Suami redha terima ‘balasan’ akibat liar masa muda

Kata orang jangan bermain dengan api, takut terbakar diri. Itulah yang berlaku kepada kebanyakan pasangan suami isteri yang semasa mudanya tidak beringat dan tidak menghargai keberkatan sebuah rumah tangga.

Kasih sayang antara suami isteri memainkan peranan untuk menjadikan rumah tangga ceria, bahagia serta sentiasa di dalam harmoni dengan masing-masing bijak menjaga hati antara satu sama lain.

Dalam rumah tangga, jika tidak disertakan dengan kepercayaan dan saling memahami antara satu sama lain, alamat akan berlaku perselisihan faham yang jika tidak ditangani dengan baik, akan membawa kepada perpisahan terutama apabila di antara pasangan sudah hilang rasa cinta dan kasih.

Kesetiaan dan menghargai kasih sayang sangat penting disemai di dalam diri pasangan agar mereka tahu menilai pengorbanan masing-masing bagi mempertahankan rumah tangga jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Demikian mukadimah saya minggu ini, sebagai ingatan kepada pasangan suami isteri yang menghadapi kemelut seperti yang dilalui oleh Ezad (bukan nama sebenar).

Kita ikuti kisah lanjut mengenai Ezad seperti yang diceritakan kepada saya melalui e-mel yang dikirimnya. Ini ceritanya..

“Saya berusia awal 50-an, berkahwin dan mempunyai tiga orang anak, seorang lelaki dan dua perempuan. Kesemuanya sudah berkahwin dan telah mempunyai keluarga sendiri.

“Saya bekerja sendiri dan isteri seorang pegawai di syarikat insurans. Kami telah berkahwin selama 30 tahun. Perkahwinan saya atas ketentuan Allah, kami tidak bercinta dan tidak pernah kenal sebelum bernikah.

“Saya merantau dari kampung nun jauh di selatan tanah air seorang diri, pelajaran juga separuh jalan. Saya membawa diri ke ibu kota kerana tidak mahu menyusahkan ayah dan ibu di kampung sebab saya, anak yang nakal, tidak mendengar kata dan selalu menyusahkan ibu bapa.

“Di Kuala Lumpur, saya buat macam-macam kerja, sehinggalah saya dapat kerja tetap di sebuah pejabat peguam sebagai pembantu pejabat. Syukur kepada Allah kerana memberi rezeki kepada saya yang tidak berpelajaran tinggi ini.

“Siang saya kerja, malam saya tolong kawan berniaga dan kadangkala saya bawa teksi untuk menampung hidup. Isteri bekerja tetapi saya tidak mahu menumpang duit ringgitnya untuk kehidupan kami serta membesarkan anak-anak.

“Saya, sejak zaman sekolah sangat nakal. Di kampung, saya jadi hero. Perangai tak dapat nak saya cerita, mengorat anak dara orang, mandi sungai, panjat pokok, curi buah tanaman orang kampung dan macam–macam lagi.

“Sampai mak dan ayah malu dengan orang kampung sebab kenakalan saya. Ditakdirkan keputusan peperiksaan SRP saya tidak bagus, saya lari ke Kuala Lumpur, konon nak berdikari dan memulakan hidup baru.

“Sampai di Kuala Lumpur, saya hidup sebatang kara, terumbang-ambing tanpa tujuan, kawan tiada, saudara mara juga tiada. Allah temukan saya dengan seorang hamba Allah yang juga perantau seperti saya. Kami berkawan dan menjadi sahabat baik.

“Saya tolong dia berniaga di gerainya. Dapatlah sehari RM15, cukup untuk bayar sewa bilik dan makan minum saya. Alhamdulillah, Allah Maha Kaya dan mendengar doa hambaNya.

“Akhirnya, saya dapat kerja sebagai pembantu pejabat di sebuah firma guaman, gajinya tidak seberapa tetapi bolehlah membantu saya meneruskan kehidupan. Di sinilah juga saya berjumpa dengan isteri saya.

“Orangnya berjawatan di firma ini, semua orang takut dengan dia, tapi tidak saya. Perangai saya yang nakal menambat hatinya. Dia ajak saya kahwin walaupun dia tahu saya tidak ada apa-apa. Perangai saya sangat buruk ketika itu, kaki minum, kaki perempuan dan suka berfoya-foya. Saya tidak tahu kenapa dia sukakan saya sedangkan saya tidak cintakannya.

“Dia kata pada saya, cinta dan kasih boleh dipupuk setelah kahwin. Dalam keadaan perlukan tempat untuk berteduh yang agak selesa, saya setuju. Tanpa memberitahu keluarga di kampung, saya melangsungkan pernikahan dengan dia yang saya namakan Maz (bukan nama sebenar). Saya tidak bagi tahu keluarga kerana tidak mahu mereka tahu saya ada di mana.

“Saya ke kampung isteri untuk bernikah sehelai sepinggang. Baju nikah, pakaian, kasut dan segala-galanya tentang pernikahan kami, Maz yang uruskan. Saya hanya bawa diri dan duit mas kahwin sahaja.

“Bayangkan saya seorang diri melalui detik-detik untuk menjadi suami di tempat orang. Dengan wanita yang tidak begitu saya kenal tetapi bersetuju untuk menjadi isteri saya. Semuanya saya serahkan kepada Allah Yang Esa kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

“Semua ini kerja Allah, dan saya terima semua yang berlaku dengan reda. Walaupun rumah tangga saya aman damai tetapi agak terbuku di hati saya kerana isteri saya sangat cemburu. Selepas kahwin, semua aktiviti saya dihalang.

“Saya tidak boleh keluar malam dan merayau dengan kawan-kawan seperti dahulu. Saya juga tidak lagi berpeluang ke kelab malam, karaoke dan kelab dangdut seperti mana yang saya lakukan sebelum ini. Setiap pergerakan saya dipantau oleh isteri.

“Telefon bimbit saya diperiksa setiap hari, siapa yang telefon, siapa yang mesej, semua dia hendak tahu. Saya tidak bebas lagi seperti dahulu, sehinggakan saya merasa seperti kaki dan tangan saya diikat.

“Pun begitu dalam dia mengawal pergerakan saya itu, kadangkala terlepas juga. Apa lagi panjanglah langkah saya sehinggakan ada kalanya saya tidak balik ke rumah kerana tidak mahu bergaduh, malu didengar jiran. Dalam bergaduh itu, isteri selalu mengungkit yang dia telah banyak berjasa dengan saya.

“Dia selalu kata, kalau dia tak ambil saya sebagai suami, tak tahu apa yang akan jadi dengan saya, hanyut dengan kehidupan sosial yang tidak berpenghujung di Kuala Lumpur. Memang betul kata dia, tetapi dia yang hendakkan saya.

“Tiga puluh tahun hidup bersamanya, begitulah rutin hidup saya. Bergaduh, bertengkar dan mengungkit perkara lalu. Cemburunya menjadi-jadi, ke mana saya pergi dia akan ikut, tidak boleh berenggang langsung. Kadang-kadang saya malu dengan kawan-kawan dan keluarga. Tapi apa nak buat, sudah nasib saya, kena reda dan sabar sampai ke mati.

“Saya tahu banyak jasa dia kepada saya. Pengorbanannya terlalu banyak. Tanpa dia, saya akan hanyut. Dia yang selamatkan saya tetapi saya hilang kehidupan saya. Tiada keseronokan, jauh sekali untuk bergembira seperti kawan-kawan lain.

“Tapi saya reda dengan perancangan Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin inilah balasan Allah kepada saya dengan apa yang saya lakukan dahulu terutama menyakitkan hati ibu bapa saya. Saya reda.

“Cuma saya berharap isteri saya berubah dan percayakan saya. Sekarang saya bukan seperti yang dahulu, saya juga telah berubah. Saya sudah tahu mana yang baik dan buruk. Saya sudah kenal masjid dan menghabiskan masa setiap malam di sana.

“Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi walaupun dalam rumah tangga, saya tidak bahagia seperti orang lain. Saya gembira kerana ada anak, menantu dan cucu di keliling saya ketika hati saya sakit dan terluka dengan perbuatan isteri.

“Mereka menjadi tempat saya bergantung harap dan kasih. Semoga Allah bahagiakan hidup kami sekeluarga dan buka pintu hati isteri untuk percaya kepada saya yang sudah berubah. Itulah hajat saya sebelum menutup mata.

“Saya hargai pengorbanan isteri mengutip saya, menjaga dan kasihkan saya, sebab itu saya tidak mahu berpisah dengannya. Saya tahu semuanya silap saya dan saya reda dengan ketentuan Allah ini, mungkin ada hikmah tersembunyi yang saya tidak nampak tetapi saya boleh rasakannya hari demi hari.

“Semoga Allah merahmati hidup saya dan keluarga serta bahagiakan kami dunia akhirat. Amin,” Ezad menamatkan ceritanya.

Inilah pengakuan pertama seorang lelaki yang saya terima. Sebelum ini, kebanyakan lelaki hanya menyalahkan isteri jika berlaku sesuatu yang negatif di dalam rumah tangga.

Saya puji sikap Ezad yang mengaku kesilapannya dan menerima semua yang berlaku dengan lapang dada. Seperti kata Ezad, besar pengorbanan isterinya itu dan saya kagum dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Ezad walaupun dia tahu siapa Ezad.

Pada pandangan saya, tujuannya adalah untuk menyelamatkan Ezad dari terus hanyut. Alhamdulillah, usahanya berhasil walaupun Ezad tidak selesa dengan cara isterinya mengawal pergerakannya. Itu semua harta dunia, sekurang-kurangnya anda perlu bersyukur kerana telah kembali ke pangkal jalan, hasil usaha isteri.

Jagalah hatinya, hargailah perkahwinan yang telah lama itu. Ingat satu perkara, kita tidak dapat semua yang kita inginkan tetapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Pertahankan rumah tangga.

Saya yakin niat isteri anda ikhlas untuk melihat anda menjadi ketua keluarga dan imam yang baik dan dapat membimbing mereka ke syurga. Doa saya, semoga anda sekeluarga dirahmati Allah.

Menutup catatan pesanan saya, cinta dan kasih sayang tidak menuntut kesempurnaan, cinta perlukan sifat saling memahami, menerima serta sanggup berkorban apa sahaja. Cinta seharusnya membuatkan kita bahagia, bukan terluka dan menderita. Cinta sejati akan dimiliki ketika kamu dan dia kekal setia.

Salam.

KELUARGA

1 comments so far

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no 082---> 313 ---> 669 ---> 888
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..



KLIK DISINI 4d 5d 6d




Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: 082---> 313 ---> 669 ---> 888


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D






EmoticonEmoticon