jobs from my.neuvoo.com

14 April, 2016

Wanita Bogel Melompat Atas Bumbung Kenderaan

ENTAH apa sebabnya, mungkin gila, wanita ini telah berbogel dan melompat di atas kenderaan di jalan raya sambil menari-nari dalam kejadian yang menarik perhatian ramai di China.

Ketika itu jalan raya sesak dan kenderaan tidak dapat bergerak, jadi ia memudahkan wanita itu melompat dari satu bumbung kereta ke atas bumbung kereta lain.

Namun salah seorang pemandu kereta di mana wanita itu melompat telah hilang sabar kerana keretanya diperlakukan demikian rupa, telah menarik kaki wanita itu.

Dia dengan kasar memegang buku lali wanita itu lalu menghumbankannya ke atas jalan, menyebabkan wanita berkenaan menangis kerana kesakitan.

Wanita itu terbaring di jalan raya hinggalah anggota polis tiba dan menutup badannya sementara menunggu ketibaan ambulans.

Macam-macam perangai pelik manusia…- Mynewshub.cc


EmoticonEmoticon