jobs from my.neuvoo.com

09 April, 2016

Zainab ditemui lemah dan bogel

Segamat: Wanita yang hilang sejak pagi semalam, di FELDA Palong Timur 1, Batu Anam, di sini, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit, pada 8.15 pagi ini.

Zainab Yahya, 60, ditemui orang awam di kawasan ladang kelapa sawit itu dalam keadaan tidak berpakaian dan lemah tidak bermaya.

Bagaimanapun, dia dilihat tidak mengalami kecederaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Abdullah, Herman Amat berkata, wanita itu dilaporkan hilang, pada 9.30 pagi semalam.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan, pada kira-kira 2 petang.

"Kita memulakan operasi mencari dan menyelamat, pada 2.30 petang. Kami kemudian menangguhkannya, padad kira-kira 7 malam,” katanya.

Beliau berkata, Zainab dihantar ke Balai Polis Palong untuk tindakan selanjutnya.


EmoticonEmoticon