jobs from my.neuvoo.com

06 Mei, 2016

(Foto) Serpihan helikopter bawa 6 penumpang termasuk timbalan menteri ditemui

KUCHING 6 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) helikopter membawa enam penumpang termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang dilaporkan hilang petang semalam, telah dijumpai serpihannya di kawasan berhampiran Sungai Batang Lupar di Sebuyau pagi ini.

Menurut Perdana Menteri, antara serpihan pesawat jenis AS350 yang sudah ditemukan pada pukul 9.50 pagi ini ialah alat pemutar (rotation device), kerusi, sebahagian serpihan badan pesawat dan pintu.
Katanya, usaha sedang dilakukan bagi mengesan rangka utama pesawat tetapi usaha itu berdepan dengan kesukaran ekoran kawasan Sungai Batang Lupar yang luas.

“Kita masih belum dapat memastikan nasib keenam-enam penumpang kerana usaha mengesan mereka sedang dijalankan dengan menggerakkan seramai mungkin anggota penyelamat ke lokasi kejadian,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini hari ini.

Najib turut mengesahkan penumpang pesawat yang hilang itu ialah Noriah bersama suaminya, Asmuni Abdullah.

Penumpang lain termasuk, Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr. Sundaran Annamalai; pengawal peribadi, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas. - UTUSAN ONLINE


EmoticonEmoticon