jobs from my.neuvoo.com

06 Mei, 2016

Husam Musa Menangis Dipecat PAS

KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menitiskan air mata tatkala menerima perkhabaran hari ini yang beliau sudah dipecat daripada parti itu.

Adun Salor itu memberitahu, beliau mengetahui perkara tersebut menerusi WhatsApp dan khidmat pesanan ringkas daripada sumber-sumber tidak rasminya.

“Di pagi Jumaat yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab mengandungi pelbagai rahsia Ilahi, sehari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.

“Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu,” luahnya kepada Sinar Harian sebentar tadi sejurus mendapat tahu hari ini beliau bukan lagi ahli Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas pecat Husam Musa]
Bagaimana Husam berkata, sehingga kini beliau masih belum menerima pemakluman rasmi mengenainya pemecatan keahliannya itu.

“Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok,” katanya yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

Bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu juga berkata, beliau menyertai Pas sejak tahun 1982 seperti kebanyakan anak muda mana jua, dulu dan kini menyerahkan sepenuhnya jiwa raga pada apa difikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara.

“Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran.

“Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun. Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang. Namun, saya hanya insan kerdil.

“Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati,” katanya.

Husam yang berfikiran terbuka itu melihat pemecatannya itu mungkin ada hikmah yang sedang menantinya.

“Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi. Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.

“Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya,” katanya.

Berdasarkan peruntukan Fasal 82 (6) (d) Perlembagaan Pas (Pindaan 2011), Jawatankuasa Tatatertib Pas membuat keputusan memecat keahlian Husam berkuatkuasa pada 23 April 2016.


EmoticonEmoticon