jobs from my.neuvoo.com

23 Mei, 2016

Isteri Malang Bersuamikan Lelaki Durjana Lagi Jahil

Gambar hiasan
Ada yang kata wanita kedai dobi ini sedang berpantang ketika kejadian ini terakam. Nampak benar beliau uzur. Terpaksa melakukan kerja berat sambil menjaga bayi dan anak kecil.

Biar apapun alasannya perlakuan sebegini adalah tidak wajar sama sekali untuk dilakukan oleh seorang manusia lelaki terhadap seorang isteri malah mana mana wanita sekalipun. Wanita itu bersifat lemah secara fizikalnya dan Allah tetapkan secara fitrahnya lelaki yang seharusnya bersifat gagah sebagai pelindung untuk mereka.

Malulah sebagai lelaki yang hanya berani menendang seorang wanita, apatahlagi yang menjadi isterinya sedangkan dia seharusnya menjadi pelindung dan pendidik kepada wanita yang diamanahkan kepadanya.

Paling sedih apabila ada lelaki yang menggunakan ayat alQuran (surah An-Nisa' ayat 34) yang mengatakan Islam mengizinkan suami memukul isteri. Mereka lalu memukul isteri mereka sewenang-wenang. Mereka lupa memperhalusi sudut mutasyabihat dalam soal pukul dari ayat itu. Sebenarnya istilah pukul di situ lebih merujuk kepada 'mengajar' sang isteri yang nusyuz.

Menunjukkan nas dan dalil aqli serta naqli dengan jelas kepada isteri akan setiap kesalahan yang menjadikan ia digelar nusyuz juga sering membuatkan mereka terpukul. Jika isteri masih berdegil dengan pendidikan yang jelas, maka pengasingan tempat tidur juga membuatkan isteri 'terpukul'. Jika masih berdegil juga maka isteri akan lebih terpukul apabila lelaki 'memukulnya' dengan 3 peringkat talak.

Yang pasti memukul di bahagian abdomen seperti yang dilakukan oleh lelaki ini adalah merupakan satu JENAYAH. Mencari nafkah itu kewajipan lelaki. Sudahlah isteri dalam keadaan yang uzur dan dipalau melakukan kerja, tergamak pula menendangnya sekuat itu. Lebih malang apabila ianya dilakukan dihadapan anak kecil yang belum tahu apa-apa.

Semuga kejadian yang berlaku di Malaysia ini telah mendapat perhatian dan tindakan dari pihak PDRM. Kita berdoa juga agar wanita ini tidak mengalami kecederaan dalaman dan sentiasa dalam perlindungan Allah, biar siapa pun dia.


EmoticonEmoticon