jobs from my.neuvoo.com

31 Mei, 2016

'Ketika berkasih dengan saya, dia juga layan wanita itu...'

Setiap orang berhak untuk bahagia dengan orang yang mereka sayang setelah kehilangan tempat bergantung dan menumpang hidup tetapi tidak semua orang akan dapat menikmati kebahagiaan yang diharapkan.

Dalam setiap perhubungan, pasti akan ada kekecewaan, lebih-lebih lagi apabila orang yang diharap dapat melindungi kita hingga ke akhir hayat beralih kasih kepada yang lain.

Namun semua itu adalah ujian Allah yang harus diterima dengan reda. Belajarlah untuk menerima kenyataan serta memulakan hidup baru dengan azam dan matlamat yang telus dan ikhlas demi kelangsungan hidup.

Inilah cerita yang akan saya kupas minggu ini, kiriman seorang wanita yang telah menjadi janda dan mempunyai tiga orang anak yang saya namakan Adlina (bukan nama sebenar).

Untuk mengetahui kisah lanjut, kita ikuti catatan saya di bawah ini untuk iktibar bersama.

Begini ceritanya

“Saya berusia 38 tahun, mempunyai seorang anak perempuan dan dua orang anak lelaki berusia antara tujuh hingga 12 tahun. Pernah berkahwin dengan seorang pegawai kerajaan yang kemudian menceraikan saya dengan talak dua kerana jatuh hati dengan wanita lain.

“Saya terima perceraian itu dengan hati terbuka dan lapang dada. Anak-anak semuanya di bawah jagaan saya, sebab bekas suami tidak mahu menjaga mereka.

“Bukan sahaja tidak mahu menjaga tetapi juga mengabaikan amanah dan tanggungjawabnya kepada tiga orang anak kami. Saya telah puas merayu dan memujuk dengan baik supaya dia menjalankan tanggungjawabnya tetapi hampa.

“Kini sudah lima tahun saya bergelar ibu tunggal dan membuat semua kerja untuk menyara anak. Saya tidak duduk diam, apa kerja yang mampu dan boleh saya lakukan, antaranya berniaga secara kecil-kecilan.

“Alhamdulillah, rezeki saya dan anak-anak ada. Tidak pernah putus. Saya tidak lagi mengharapkan bekas suami untuk memberi nafkah, biar dia jawab dengan Allah. Di dunia, dia boleh terlepas, tetapi tidak di akhirat kelak?. Dia lupa tentang perkara itu.

“Dua tahun lalu, saya berkenalan dengan seorang duda beranak dua, biar saya namakan dia Zack (bukan nama sebenar). Zack telah berpisah dengan isterinya sejak tiga tahun lalu. Orangnya sangat baik, pijak semut pun tak mati kata orang.

“Dia sangat mengambil berat, senang dibawa berunding dan sentiasa ada dengan saya dan tidak boleh hidup tanpa saya, katanya. Zack juga banyak membantu saya dalam perniagaan dan sering menemani saya ke mana sahaja yang saya hendak pergi.

“Pendek kata dia menjadi semangat dan tulang belakang saya. Malah dia memenuhi ciri-ciri lelaki idaman saya yang hendak dijadikan suami kerana sikapnya yang sangat mengambil berat tentang saya dan anak-anak.

“Mulut lelaki, manisnya hanya sementara, pedihnya sampai mati akan terasa. Itulah yang berlaku dalam perhubungan kami. Saya tidak menyangka begitu manis permainan cinta Zack dengan saya.

“Dalam pada saya sedang menaruh harapan untuk hidup bersamanya, saya dikejutkan dengan panggilan daripada seorang wanita yang mengaku kekasihnya dan memberitahu mereka akan berkahwin tidak lama lagi.

“Terkejut saya bukan kepalang, marah pun ada. Tetapi saya tidak melatah. Saya melayan perempuan itu dengan baik dan meminta untuk berjumpa dengannya. Dia setuju. Saya tidak akan bergaduh kerana Zack sebab saya profesional. Bodohlah berebut lelaki.

“Saya tidak beritahu Zack akan pertemuan saya dengan perempuan itu kerana tidak mahu dia mengamuk. Saya hendak uji kesetiaannya kepada saya. Yang penting sekali, saya hendak tengok sama ada dia akan mengaku atau tidak yang dia ada hubungan dengan perempuan itu.

“Seperti dijanji saya bertemu dengan perempuan itu, orangnya sebaya dengan saya tetapi saya menang di segi penampilan dan bentuk badan. Kata anak saya, mama lebih cantik dari dia.

“Saya tanyakan dia semua perkara tentang Zack, sejauh mana hubungan mereka dan apa matlamat dia berkawan dengan Zack. Dia cerita semua kepada saya, tentang cintanya kepada Zack dan impiannya untuk berkahwin dan hidup bersama Zack.

“Rupa-rupanya mereka sudah lama kenal tetapi mula jatuh cinta setahun lalu. Pada masa Zack berkasih dengan saya, dia juga melayan perempuan itu, bijak sungguh dia.

“Perempuan itu juga memaklumkan kepada saya yang dia akan bertunang dengan Zack dalam masa terdekat. Saya sangat terkejut dan tidak menunjukkan reaksi di hadapan perempuan itu. Yang saya marah Zack juga berjanji perkara yang sama dengan saya.

“Bayangkan, ketika Zack menabur janji yang sama dengan saya, dia juga berjanji dengan perempuan itu. Lebih sedih apabila Zack berkata kepada perempuan itu yang dia tidak akan bernikah dengan saya. Buat apa nak kahwin dengan janda anak tiga, sedangkan dia boleh dapat anak dara.

“Yang dia terkejar-kejar saya dahulu itu, apa ceritanya. Sampai saya tak senang duduk, sebab dia asyik mengikut sahaja ke mana saya pergi. Tidak ajak pun nak ikut, sekarang itu pula jawapannya.

“Kata-katanya itu menyebabkan saya merasa sangat terhina. Sedih hati saya, hanya Allah sahaja yang tahu, saya tidak menangis di hadapan perempuan itu kerana tidak mahu dia tahu saya kecewa dengan sikap Zack.

“Perempuan itu pula bertanya saya bagaimana hubungan saya dengan Zack, saya katakan Zack ajak saya kahwin tetapi saya menolak kerana belum bersedia. Saya bagi tahu dia, Zack adalah lelaki yang tidak berguna, pembohong dan suka mempermainkan wanita.

“Perempuan itu terdiam, tidak berkata apa-apa apabila saya beritahu dia yang saya akan putuskan hubungan dengan Zack dan dia boleh bernikah dengan Zack bila-bila masa dia suka.

“Setelah hampir sejam bercerita, akhirnya saya tinggalkan perempuan itu dengan kata-kata tolong bagi tahu Zack, jangan ganggu saya lagi. Saya tidak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan dia. Saya ada harga diri dan maruah.

“Saya tidak boleh terima kata- katanya yang dia tidak berhajat hendak bernikah dengan saya, hanya kerana saya janda anak tiga. Hina sangatkah saya? Buruk sangat kah saya ini?

“Apakah janda semua tidak ada tempat untuk hidup bahagia seperti orang lain? Itulah perangai lelaki, bila suka dipuja, bila benci dikeji. Beginikah lelaki melayan wanita yang bergelar janda?

“Salah saya juga kerana terlalu percayakan lelaki. Dua kegagalan ini menjadikan saya serik dan tidak akan percaya lagi dengan lelaki. Biarlah saya menjanda sampai mati, lebih selesa dan damai.

“Saya akan teruskan hidup dengan anak-anak saya, rezeki Allah yang tentukan, bukan manusia. Sejak berjumpa dengan perempuan itu, saya tidak lagi melayan Zack, mesejnya juga saya tidak balas. Nombornya sudah saya buang. Seperti mana saya nekad untuk membuang dia dari hati saya.

“Saya ingin berpesan kepada lelaki di luar sana, jangan mudah menganiaya wanita, khasnya bekas isteri. Juga kepada lelaki yang pandai menabur janji tetapi mungkir. Allah tahu apa yang anda semua lakukan, balasannya tetap ada, terutama jika anda melalaikan tanggungjawab terhadap amanah Allah yang diberi kepada anda. Jangan ingat anda boleh lepas.

“Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah SWT, jadi beringatlah…” demikian Adlina menamatkan ceritanya.

Begitu keras amaran Adlina kepada kaum Adam. Mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu betapa peritnya dikecewakan, tidak kira dalam rumah tangga atau dalam sebuah perhubungan.

Apapun saya kagum dengan sikap Adlina yang sangat tabah menghadapi situasi ini. Teruskan hidup seperti biasa, jaga anak- anak dan didiklah mereka supaya menjadi anak soleh dan solehah. Jangan putus asa dan berdoalah agar kebahagiaan akan menjadi milik anda satu hari nanti.

Sesungguhnya ketentuan Allah tidak siapa tahu, mungkin Allah akan kurniakan lelaki yang lebih baik dari sebelum ini, yang boleh menjaga dan menjadi imam keluarga untuk Adlina dan anak-anak hingga ke syurga.

Status pada saya bukan alasan Adlina tetapi keikhlasan yang perlu ada dalam diri seseorang lelaki itu dalam perhubungan. Jangan salahkan diri sendiri, sebaliknya jangan putus berdoa agar ditemukan jodoh yang baik.

Menamatkan catatan, pesanan ikhlas saya, sama ada kenangan itu manis atau pahit, impian untuk hari esok tetap ada, jangan mengalah dan berusahalah untuk menggapai yang lebih baik.

Salam.

1 comments so far

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((_082 313 669 888_)))insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya

tapi tidak ada satupun yang berhasil..



KLIK DISINI 4d 5d 6d




Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu

anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:

butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO

MAGNUM / dijamin

100% jebol

Apabila ada waktu

silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: (((_082 313 669 888_)))


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/






..(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
«´
_ ¨`»082 313 669 888
..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..


الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل









































EmoticonEmoticon